Rasulullah s.a.w bersabda, " Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi ( tidak hancur )."
( HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah )
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: " Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya . "
( HR Muslim )
Hari jumaat juga merupakan hari yang paling diberkati untuk melaksanakan walimatul urus . Sebahagian para ulama' mengatakan telah terjadi 7 perkahwinan antara para nabi dan para aulia' iaitu pada hari Jumaat :
2. Pernikahan antara Nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha .
3. Pernikahan antara Nabi Musa dengan Shafrawa .
4. Pernikahan antara Nabi Sulaiman dengan Puteri Balqis .
5. Pernikahan antara Nabi Muhammad S.A.W dengan Siti Khadijah 6. Pernikahan antara Nabi Muhammad S.A.W dengan Siti Aisyah
7. Pernikahan antara Ali bin Abi thalib dengan Fatimah .
No comments:
Post a Comment